Tuesday 14 January 2020

Ketenangan

Stress --  Jiwa yang Tenang

1. Kenapa ianya penting.

Al Fajr; 27-30.
“hai jiwa yang tenang, kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi di redhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, masuklah ke dalam syurgaku”
  
Dalam ayat ini, Allah meletakkan ciri yang sepatut ada manusia disaat kematiannya iaitu manusia yang jiwa atau hati dalam keadaan tenang disaat nyawanya dicabut.

Tenang rupanya satu sasaran terakhir yg perlu dibentuk dalam diri seseorang manusia. Tak kira orang kaya , berharta, anak ramai , pandai,sijil berjela jela,berpengaruh, ketua segala ketua.Ada ke kamu rasa PM kita, Tun mahathir tu tenang, jika tak silap dalam satu press conference bersama dia pada masa itu, ada datuk anwar ibrahim, apa yg terkeluar dari mulut adalah stress , stress....

Bukan mudah utk jadi tenang.

Sebenarnya berbagai cara manusia usahakan utk mendapatkan ketenangan.

Ada kata dengan meminum arak , jiwa jadi tenang.
Ada kata dengan melancung  , jiwa jadi tenang.
Ada kata dengan panjat bukit dan gunung, santai melihat keindahan alam  , jiwa jadi tenang.
Ada kata dengan yoga , jiwa jadi tenang.
Ada kata dengan merokok  , jiwa jadi tenang.Banyak ideal.
Saya dulu juga penghisap rokok, 1-2 jam sekali , akan keluar ke branda ,  menghisap rokok, cari ilham.
Ada kata dengan mengeteh dan berhibur bersama kawan kawan , hati jadi tenang.
Ada kata dengan menuntun bola , hati jadi tenang. Seronok menjerit jerit kat stadium. Mengutuk, memaki hamun , Semua orang kat situ sama perangai.

Jelas dari contoh saya ceritakan tadi, manusia cuba membeli ketenangan jiwa.

Isunya : Ada kah ketenangan dapat dibeli?

Pada saya ketenangan hati adalah hakmilik individu. Ianya tidak boleh dikongsi. Individu itu sendiri perlu untuk mnegujudkan nya untuk dirinya sendiri.

Mari kita selidik punca punca hati manusia tidak tenang.

Kita kaji dulu sifat sifat asli manusia sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam al-quran.

1. Sifat asli Manusia : membuat bencara dan saling berbunuh bunuhan.

Sebelum kejadian manusia , ada tersebut ayat dimana malaikat  mempersoalkan kenapa dijadikan manusia.

   " Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."    Surah AlBaqarah ayat 30.

 Jelas Manusia aslinya tidak tenang........

Jadi kenapa hati tidak tenang.Asasnya adalah Manusia ini dijadikan lemah. Lemah dari segi jasad dan roh atau hatinya.

Manusia boleh jadi tak tenang jika hati mereka:

1. Antara kita dgn tuhan pencipta kita Syirik - menyembah sesuatu selain Allah. Perkara ini Jelas bagi kafir, tetapi bagi muslim, syirik boleh terjadi, bila diuji dalam kesempitan, contohnya bila sakit, jumpa bomoh contohnya.
kebolehan bomoh yang meragukan membawa kita mempercayai sesuatu yang boleh membawa kita
menduakan tuhan kita. Berhati hati. Bila dah syirik, hati jadi gelap.

2. Lalai , bila sibuk je, mula meremehkan perintah Allah, tinggal solat, tidak berpuasa, malas mengaji dan sebagainya, Pendek kata , kita menunaikan perintah Allah ikut sedap hati je. Kita sebenarnya menjauhkan hati kita dari Allah. Hati jadi kotor krn niat niat perbuatan yg tidak sempurna.
Allah dalam perintahnya menyuruh manusia berzikir kepadanya sebagaimana zikirnya makhluk lain. Makhluk lain tidak pernah lalai dalam berzikir kepada Allah. Allah bagi clue...
"Hanya dengan berzikir dan merapatkan diri kpd Allah , hati akan menjadi tenang"my

3. Ingkar perintah Allah.

Antara kita sesama manusia.
Beban kerja
Suasana kerja
Kerenah anak dan isteri/suami
Kerenah jiran

Hati atau Sifat diri kita sendiri
3.  Hasad Dengki. 
      Kedengkian kita kepada seseorang boleh membawa kesan negetif kepada diri kita sendiri. Ianya memang meresahkan hati dan diri boleh sengsara disebabkan kedengkian.  Juga secara tak langsung membentuk bintik bintik hitam yg memudaratkan hati kita.

4. Tidak pernah puas, tamak serta Bermegah-megahan
Gelora ketamakan boleh menyebabkan hati menfocuskan kearah keuntungan dunia hingga nilai keuntungan akhirat diperlekehkan. Ini boleh menjadikan Hati semakin  jauh dengan Allah. Justeru itu  Allah menjadikan kita sibuk dengan keduniaan kita.
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) 
Surah At-Takathur 1-2

5.-Riak - menunjuk nunjuk
Melakukan sesuatu terutama kebaikan atas dasar mempamerkannya dihadapan manusia lain bukan dgn ikhlas kerana Allah. Mendambarkan dan Mengharapkan Puji Pujian manusia. Tanpa pujian , hatinya merasakan ada yg  kurang sempurna.

6. Mudah terpedaya.
 Manusia mudah terperdaya. Kes yang pertama berlaku kepada manusia adalah bilamana kes Nabi Allah Adam dan Hawa diperdaya oleh syaitan, menjadikan terbukanya aurat mereka dihadapan Allah. Hati yang sebelum ini tenang menjadi kelam kabut, perasan berdosa dicampakkan kedalam hati buat kali pertama. 
Perasaan berdosa membuatkan hati manusia resah gelisah. Hati hati syaitan memang memusatkan seluruh tenaganya utk membawa manusia bersamanya ke Neraka. Modal syaitan memperdaya manusia adalah keseronokan dunia atau apa saja yg berlawanan dgn perintah Allah.

7.Pembantah
" Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata." surah an-Nahl ayat 4
 Manusia boleh jadi macam syaitan juga. Ambil contoh seorangg anak membantah suruhan ayahnya, apa yang berlaku kepada hati si anak. Tiada lagi ketenangan bila bersua muka dengan ayahnya. Begitu juga dgn kita dgn Allah.
 
8.Berputus asa dan tidak sabar
 Perkataan 'SABAR" disebut 90 kali di dalam Al-Quran , ini menunjukkan betapa tinggi nilai ini disisi Allah, dan sesungguhnya nilai ini banyak membantu dalam menyediakan manusia kearah ketenangan yg sebenar.
      "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." Al-Baqarah ayat 153.

9. Kedekut
      Sifat ini menghilangkan keberkatan dan mengujud perasaan takutnya kehilangan. Perasaan ketakutan menghantui perasaan dan hati. Takut tiada lagi rezeki utk dirinya selepas ini. Perasaan mengelak dari melakukan kebaikan terutama bersedekah akan sentiasa mengocak dan mengelorakan hati. Hati Manusia sebegini menjadi  tidak tenang bila melihat kelibat orang miskin, saudara mara yg meminta-minta.
 
10. Ingkar - Keengganan mematuhi perintah Allah yg merupakan standard policy dan procedure kehidupan akan menjadikan hati sentias dalam keadaan celaru. Tiada kepastian yng mana benar dan yg mana tidak benar. Sekejap keputusan yg diambil begini , sekejap lagi keputusan yg diambil sebaliknya. Orang sebegini berpegang kepada hukum yg digubah oleh manusia dan menolak segala yg datang dari penciptanya.

Dan banyak lagi keburukan hati lain yang menyebab hati tidak tenang seperti  
Khianat  
Berperangsaka buruk
 angan-angan kosong  
 Dendam
Menggunakan sesuatu yang haram atau tak kesah hukum halal dan haram.
Tergesa gesa .berkeluh kesah 
  
Kita beruntung sebagai muslim, allah telah sediakan penyelesaiannya
.
Solosinya

1. Zikir
Hanya dengan berzikir dan merapatkan diri kpd Allah , hati akan menjadi tenang"

2. Berada dalam tenang sunyi dan bersendirian. Bangun malam

Dalam 365 hari boleh dikira jari je kita mampu bangun malas. 

3. Baca alquran.
Setiap hari ,luang masa utk belik belik alquran.

4. Sentiasa bergantung kpd Allah dlam setiap perbuatan kita.
Supaya perjalanan mudah lurus tidak berliku liku. 
Rasanya cukup utk setakat ini, insyaallah, jika diizin Allah kita akan sambung lagi bab ini.
 
Sunday 1 September 2019

Jalan jalan cari makan

1 Sept 2019
Menjamu selera di Juvita restoran kat kancung darat , banting.

Kerang bakar sedap dan bersih..

Recommended...makan kat sini

Tuesday 18 June 2019

kencing manis 2

Bila telah disahkan mengidap kencing manis, baru aku kembali merenung apa yang telah aku lakukan sejak beberapa tahun yang lepas, dengan rezeki yang Allah berikan, aku asyik makan tanpa menghiraukan waktu, hinggakan berat badan bertambah mencecah 88kg dan perutku terus membuncit. Walaupun ada saudara terdekat mengingatkan yang keadaan perut yang buncit menandakan ada penyakit, aku tidak hiraukan. Aku tetap menjalini kehidupan harian dengan mengisi perutku antara 5 hingga 7 kali makan sehari, bermula dengan awal pagi pukul 5:30 am kemudian 7:30am bila sampai pejabat diikuti waktu rehat pagi 10:30am disambung pula dengan lunch 1:00pm dan diwaktu rehat petang 3:30pm dan bila sampai kat rumah jam 7:00pm dan lepas solat isyak lepak kat kedai mamak.
Cuma bila satu pagi dalam tahun 2014, tiba-tiba terasa satu perubahan pada diri aku bilamana rasa nak buang air menjadi-jadi, jadi terlalu kerap, selang 2 jam, terasa nak buang air, ianya tak terkawal. Beberapa hari lepas itu, aku pergi berjumpa doktor dan doktor memaklumkan yang tahap gula dalam badan agak tinggi. Jika tak silap dalam 12.5mol. Hati dah jadi tak tenang.
Hujung minggu, ajak isteri pergi Chow Kit, dekat Jalan Raja Alang ada kedai borong Ubatan Tradisional. Penjual tu rekomen satu botol ubat '***** emas' . Mahal juga harganya. Tapi disebabkan rasa nak sembuh cepat, beli juga lah.
Bila dah Makan ubat itu, turun lah sikit tahap gula tu 8.5 mol.
Makan kena control, itu nasihat dari kawan-kawan. Tak boleh makan sembarangan. Kena pastikan kaborhidrat nya tak tinggi, Antara barang yg kena tukar ialah Beras, Minyak Masak, daging (kena banyak makan ikan).
Penat juga nak berpantang ni. Setahun jugalah berpantang jaga makan. Antara dietnya yg dicuba termasuklah
1. Beras - guna beras faiza yg dikatakan khas utk diabetis 
2. Minyak masak - guna jenis sunflower
3. Madu dari yg murah hingga yg berharga ratus ringgit.
4. Puasa isnin khamis
5. Puasa putih
Hasilnya berat badan setakat3 Dec 2016 turun 12 kg dari 85kg ke 73 kg. Minum air memang banyak, campur-campur yg manis dengam air kosong. Rupanya lagi banyak minum, badan makin kurus. Namun Air teh tarik yg jadi kegemaran awal pagi masih tidak dapat ditinggalkan. hingga masuk tahun 2017, teh tarik masih tak miss jadi minuman pagi setiap hari.
Jan 2017.
Masuk tahun 2017, berat dah turun ke 71kg, bawah sikit dari normal bmi yg dalam anggaran 72kg. Rasanya nak maintain berat dalam sekitar 70-73 kg.  badan dah jadi langsing. perut buncit dah kempis. lemak dah kurang. cuma kena execise lebih sikit. Amal main tali skipping memang baik utk kuruskan perut.
Kerap juga surf internet, cari ubat kencing manis, macam macam ada. Kini aku pilih cara semulajadi tanpa ubatan. Walaupu resultnya lambat dan tak pasti , setelah mula melakukannya saya dapat rasakan kebaikan dan penyembuhannya sedikit demi sedikit. kalau sakit kencing manis punca asalnya bermula mungkin lebih 10 tahun lepas,sudah pasti untuk pemulihannya juga akan ambil masa yg lebih kurang sama. jangan dibanding dgn  sakit kepala, makan panadol tak sampai 20 minit terus hilang sakitnya.
Kaedah  semulajadi yg diamalkan
1. minyak kelapa tu baik untuk kesihatan, nasi lemak yg banyak mengunakan santan kelapa dah mula jadi rutin makanan mingguan.  pagi pagi lagi dah singgah kat depan office, beli nasi lemak + daging sotong kerang.
2. Jemu dah dgn diet, tahap gula tak juga kurang, kini pada awal tahun 2017, tak lagi beli minyak sunflower dan beras faiza, back to old life style.
Dengan masih bertahan tak makan ubat doktor dan tahap gula beredar dalam sekitar 7.5 - 12mol, pada saya, ianya masih dalam keadaan selamat lagi. sakit tu sakit la tapi tak lah dikategori teruk sangat. 
Baru baru ni, dicuba diet tembikai, baik untuk luka-luka dalaman. sakit-sakit bisul dalam mulut alhamdulillah berkurang bila makan buah ni. katanya juga tembikai ni boleh meningkatkan metabolisme, elok utk usia yg makin meningkat juga yg semakin malas bersenam ni. manalah tau, dgn kuasa Allah yg menjadikan kita, buah ini jadi penawar penyakit kencing manis.
3. Dicuba juga air mineral gau, tiap kali lepas maghrib, beli satu botol kat masjid mbi, minum sambil baca alquran
4. Layan penyakit ni dgn cara ikut rentak reaksi tubuh. jika timbul rasa nak kencing, cepat ready gi bilik air, tak kira malam atau siang. tubuh kita lebih tahu macammana nak manage tubuh kita sendiri. jangan merungut atas kejadian yg Allah tentukan untuk kita. Jika nak kira Nabi Ayub kena musibah  jauh jauh lebih teruk dari kita. Bersabar,  insyaalah Allah bagi  pahala .
Feb 2017.
Baru ni, terbaca tips kurangkan gula dalam darah dgn air pulut hitam. Keadahnya adalah isikan 2 sudu besar beras pulut hitam kedalam satu gelas. Masukkan air panas sepenuh gelas dan tutup gelas dgn penutup gelas. Biarkan ianya sejuk dan boleh minum bila sejuk. Minum 3 kali sehari. 
Setelah seminggu mencuba tips ini, rasanya tiada perubahan ketara dirasakan, kekerapan kencing masih tinggi iaitu dalam purata 2 jam sekali.
Akan dicuba tips ini utk sebulan, jika tiada perubahan, mungkin saya cari atau cuba tips yg lain. Pada saya , utk mencari penyembuh penyakit, Allah hendak kita berusaha dan tidak berhenti berdoa kpdNya.
March 2017.
1/3/2017. 
Balik dari kerja, isteri aku hidang air limau nipis yg pahit. rasa pahit tu datang nya dari biji limau nipis yg diketuk dan perahannya dicampurkan dlm air limau nipis. Memang pahit, minum terus telan.
5/3/2017
Kawan Masjid beri petua. katanya petua ni dia dapat dari seorang india.simple je makan daun pokok kelor atau daun murunggai.
Buat masakan kari pun boleh.
15/03/2017
Walaupun tak check gula dlm darah, boleh diagak ianya lebih dari 12. dah malas nak check krn dah bertahun tak pernah kurang dari 7. baru baru ni, bila deman, doktor burhanudin maklumkan yg gula darah ketika deman itu dalam sekitar 22mol. Seram juga dibuatnya, dia ada tanya samada nak makan ubat diabetes. Cuma saya masih mengatakan tidak.
Jumaat lepas, saya beli satu botol air tebu. manis rasanya. efeknya menarik, rasa nak kencing malam jadi kurang. nyata air ini ada kebaikan bagi penyakit diabetes yg aku hidapi. ingin cuba air ini selama sebulan. Dari artikal yg dibaca dari intenet ada mengatakan air ini mengandungi ejen anti diabetes. 
Balik dari kerja, saya singgah kedai penjaja di Bukit Indah membeli 3 botol air tebu, balik rumah terus minum, manis dan menyegarkan. 
26/03/2017
Selain air tebu, saya tambah diet saya dgn pisang emas dan madu lebah. Selang beberapa hari, nyata ada perbezaan, jarak antara buang air kencing telah bertambah, dari biasanya 1.5-2.5 jam sekali kpd 3-5 jam. Terakhir uji gula dalam darah selepas berpuasa seharian adalah 8 mmol. Sudah dua tiga hari tidak bangun malam untuk kencing.
May 2017
Tiba tiba badan kena alergy, habis semua badan timbul merah berbintat-bintat. Malam tak boleh tidur, pukul 1.00 pagi start kereta , pergi klinik Idzham, kena cucuk. Esok pagi, semua bintat merah tu hilang tapi timbul pulak sakit sedu. Sedunya tidak berhenti henti setiap 5 saat. Memang sesak nafas dibuatnya. Rasa lemas dan hilang penafasan. Pergi doktor lagi kat bangi. Jumpa doktor perempuan, check check bagi ubat angin. Makan ubat angin 2 hari tak juga sembuh. Memang sakit.
Esoknya jumpa lagi doktor kat bangi, doktor ini seriuos sikit, selain sedu, dichecknya gula dalam darah, 30Mol...Husss.... memang tinggi, dia ugut nak nak hospital. dia kata biasanya tahap ini boleh koma. tapi saya tak nak. jadi di bagi ubat kencing manis, makan kat depan dia juga. selepas 30 minit check balik, paras turun ke 22MMol. 
Ianya merupakan ubat kencing manis saya yang pertama - 5 / 5 / 2017 Jumaat. Peraturannya, makan sebiji sehari.
Saya masih berdegil tak nak meneruskan makan pil kencing manis. Jadi saya tekat utk berpuasa dan cuba maintain paras gula dalam 8Mmol ke bawah.
Saya puasa 4 hari dari 8/5/2017. 
Bacaan Gula selepas berpuasa seharian
 8/5/2017- 10.2    Mmol   Berat 69.1 kg
 9/5/2017 - 9.2
 10/5/2017 - ??     Berat 68.1 kg
Berat makin menurun. Beberapa kawan ada menegur berkenaan susuk tubuh saya yg semakin kurus. Bagi saya ok kerana buat masa ini masih tidak merasa sebarang kesakitan atau keganjilan dalam tubuh. 
Harap boleh maintain paras ini sepanjang ramadhan nanti.
22/5/2017 isnin
Check gula petang lepas berpuasa seharian - 7.8mmol
Malamnya, Kawan masjid tunjukkan satu tempat perubatan altwrnatif sengat lebah. Yang menarik, kaedah ini mengunakan lebah hidup yg disentuhkan pd point tertentu dibadan pesakit, sebaik bersentuhan dgn kulit pesakit, lebah itu akan menyengat. Boleh terasa bisanya berkembang dikawasan sengatan sebaik saja disengat. 
Bagi penyakit kencing manis, 2 sengatan lebah dikenakan dibahu belakang kiri dan kanan. Rasa sengatannya boleh terasa sampai 2-3 hari. 
Semasa di pusat perubatan itu ada seorang doktor pakar yg berpenyakit kanser juga ada berubat disitu. Kata pengamal perubatan, doktor ini cuba mengelak dari mengunakan kaedah perubatan hospital. Dia dah berberapa kali berubat kaedah ini dan kini keadaan dirinya sudah bertambah baik. 
24/05/2017
Sudah 2-3 malam sudah tidak bangun malam utk kencing malam. nampaknya ada perubahan positif.
Makan kembali 5 kali sehari..he he.Esok nak puasa, nak check darah...
17/8/2017
Dah lama tak menulis dalam blog ini. Dah lama juga saya tak uji gula dalam darah saya. Cuma yg nyata berbeza sekarang ni, kekerapan kencing saya dah berkurang, kini setiap hari, hanya 8 kali sahaja sehari.
Setakat ini, tidak perlu lagi utk ambil ubat hospital. syukur..alhamdullillah.
Kulit tapak kaki sebelum ini bersisik tebal sudah hilang. kulit kaki semakin lembut tiada rasa bisa bila berpijak dilantai.
Berat badan meningkat ke 72kg bersamaan berat bmi saya.
Terasa sihat sikit badan, perut telah kembali normal dah tak buncit lagi. 
Keadaan najis dah kembali normal, tidak lagi seperti sebelum ini, berketul-ketul macam tahi kambing. Warna pun kembali coklat berbanding gelap kehitaman sebelum ini.
Ada perbezaan bila tekan dekat ulu hati, tidak lagi rasa sakit. Saya merasakan organ hati saya dah kembali normal.
Seingat saya antara perkara yg membantu dalam mengurangkan tahap gula dalam darah saya adalah :
1. Berpuasa bila terasa gula terlalu tinggi
2. madu lebah 2 sudu selang 2 hari
3. air mineral atau kosong sekurangnya 1liter sehari.
4. elakkan makan ubat hospital selagi boleh, pemerhatian saya merekodkan beberapa kenalan saya yg mengidap kencing manis dan makan ubat hospital telah meninggal dunia akibat penyakit yg berkait dgn sideeffect ubat kencing yg mereka makan.
5. elakkan minum air botol atau air kotak walaupun ianya air limau atau soya. ini kerana adanya perisa dlm minuman tersebut yg mempunyai efek yg kurang baik pada daya ketahanan tubuh.
6. banyakkan minum air kelapa muda dan isinya. 
7. banyakkan makan lauk yg dimasak bersantan kelapa yg ori bukan dari santan kotak. dikuatiri adanya pengawit yg mempunyai efek yg kurang baik pada tubuh kita.
8. makan buah-buahan sebanyak mungkin terutama pisang. pada saya, pisang emas yg kecil lebih berkhasiat berbanding pisang montel. 

30 Sept 2017

Sudah 3 bulan aku mengerjakan tanah kat kg limau mania, tanah yg berukuran 8000 kps itu asalnya penuh dgn pokok. Pokok getah yg tumbuh didalamnya ada yg berumur lebih 15 tahun. Dengan satu mesin penebang yg aku beli dgn harga RM 350.00 , setiap hari lapang tidak kira sabtu atau ahad ataupun cuti umum, pagi-pagi dalam pukul 9am aku akan kesana. Memang lencung peluh keluar, dari atas sampai kebawah, yg bestnya, peluh dari bahagian perut yg banyak menitis. baju dan seluar basah habis macam mandi

1 nov 2017

terasa paras gula naik balik. aku dah malas nak berpuasa. dah sebulan tinggal puasa.
kena niat balik berpuasa.

20 NOV 2017

Dah lama tak check darah. Masih tak makan ubat diabetis. Berat dalam 71kg
Amalan seharian untuk kawal diabetis.
1. Puasa 2 hari seminggu
2. Buat aktiviti keluarkan peluh - Buat kebun- dimana aku usahakan tebang pokok dalam tanah dkt kg sungai limau manis, sg. merab. Dah lebih 4 bulan mengerjakannya hingga kini masih tak siap siap. Tapi seronok kerana dapat menghidu udara nyaman diawal pagi. Juga bila balik kg kat Temerloh, aku usaha tanam pokok buahan dalam tanah kay seberang Temerloh. Hingga kini dah 6 batang durian yg brrjaya ditanam, hujan setiap hari banyak membantu menyirami pokok pokok itu.
3. Minum Madu dan Baca Al-Quran - Ubat yg dinyatakan dalam Al-Quran.
4. Doa mohon kesembuhan dari Allah
5. Pastikan perut tak buncit. Minum air suam banyak- utk keluarkan lemak-lemak dari tubuh.
Matlamat - Cari kesembuhan utk organ yg kurang sihat seperti Hati dan Pankreas. Carilah apa-apa ubat yang bersesuaian.

25/11/2017

Benarlah kata Allah dalam Alquran, menyebutkan akan kompleksitinya tubuh manusia sebagaimana alam semesta yg amat luas dihadapan kita ini. Setiap sesuatu rasa atas satu nikmat Allah yg ada pada tubuh ini adalah petunjuk. Nikmat itu kepunyaan Allah, syukurilah iya. Tiada kemampuan bagi kita mengubahnya, hanya mampu menghadapinya dan harunginya lah dgn tabah dan sabar.

28/3/2018

Berat badan 70kg. Kuantiti makan tidak mengubah banyak berat badan. Kurang bersenam, dah malas pulak sekarang ni.

18/6/2019

Lama tak update, lebih dari setahun. Sejak ramadan tahun 2018, saya dah malas nak check paras gula dlm darah, rasanya macam bodoh je, cucuk jari dan habiskan duit beli alatan ukur gula tu, nyata bacaannya sentiasa berbeza, tak pun turun seperti diharapkan. Jadi lepas tu hingga ke hari aku dah berhenti check darah. 

Hari ini lepas ramadhan 2019, aku rasa badan bertambah baik, jarak kencing dah bertambah dari 2 jam kepada 3.5 jam, kadang kadang hingga 5 jam. Tiada lagi rasa nak terkucil, tak perlu lagi bergegas ke tandas bila terasa nak kencing, semuanya dah terkawal. malam pun terasa nak terkencing lagi, cuma berlaku sekali sekali sahaja bila minum air banyak sebelum tidur. mungkin ini hasil dari percubaan mengamalkan resepi baru yg Allah ilhamkan.

4 bulan lepas, bila tengah santai kat belakang rumah, terpandang pohon sireh yg banyak menjalar didalam kebun mini aku. Ianya membuat aku teringat arwah nenek yg selalu mengobek sireh dgn kapur semasa aku kecil.  Aku ambil 10 helai daun sireh , cuci baik baik dgn air pili. Kemudian blendkannya bersama air suam. Setelah itu ditapis dan dimasukkan dalam bekas air bertutup. dicampur 2-3 sudu madu. Rasanya sedap. aku amalkan minumlah 3-4  teguk bila teringat nak minum, simpan dalam peti ais, minum sejuk rasanya sedap. terasa panas dlm perut bila air sireh ini mencecah keperut. setakat ini tiada side effect. badan semakin segar, terasa ramuan ini dapat mengembalikan dan memberikan kesembuhan kod organ pankreas, kencing semakin terkawal, najis pun kembali normal, tidak lagi susah buang air besar, lawas, dan tiada lagi najis yg berketul ketul. pada keseluruhan fungsi badan kembali normal seperti sebelum mula dikesan adanya kencing manis pada 5 tahun yg lalu. 

Nak dikatakan sembuh tak berani, cuma tiap hari berdoa mohon penyakit ini hilang secara sendiri, juga saja malas nak check gula dalam darah, biar badan sendiri beritahu dah benar benar sembuh ke belum.

Berat kini dalam 68-70kg. Stabil dlm range ini sejak setahun yg lalu.
Allah juga ilhamkan cara pijat pijat tapak kaki dan tapak tangan. Pijit titik point kat seluruh tapak kaki,  jika terjumpa yg berpenyakit, akan terasa ngilunya, dan boleh mengalir air mata bila kita tekan lama lama kat situ. ulang dan ulang, biasanya saya buat bila tengah duduk dengar ceramah maghrib. pijit pijit perlahan lahan, hingga semua yg terasa sakit sebelumnya hilang. 
elok beli buku, boleh kita tahu kat mana patut pijit. bila kena tempat, memang mujarab, cuba lah. bila dah lama dgn kaedah ini, jelas akan ada perubahan kat tapak kaki, jadi merah dan lembut macam kaki baby.
pijit tang nombor 17 dan 36.

18/7/2019

Rasanya dah berkurang simptom penyakit ini, tiada lagi kencing malam dan tidak lagi perlu terburu buru ketandas bila mana terasa nak terkencing. Dah boleh kawal bila nak kencing. 

Cuma masih malas nak check darah. Takut bila check je, paras gula jauh lebih tinggi dari jangkaan. Naik risau pulak nanti. dulu pernah jumpa Doktor Burhannuddin , doktor klinik bukit indah , check darah 14mol katanya, ada berpenyakit kencing manis ni, jadi setiap kali ke klinik dia, dia akan offer check darah, dia pun takut kalau paras darah saya tinggi sangat sebab bila offer ubat kencing manis, saya menolak.

Tuesday 31 January 2017

kisah kencing manisku

Saya puasa 4 hari dari 8/5/2015. 

Bacaan Gula selepas berpuasa seharian

 8/5/2015 - 10.2    Mmol   Berat 69.1 kg
 9/5/2015 - 9.2
 10/5/2015 - ??     Berat 68.1 kg
Berat makin menurun. Beberapa kawan ada menegur berkenaan susuk tubuh saya yg semakin kurus. Bagi saya ok kerana buat masa ini masih tidak merasa sebarang kesakitan atau keganjilan dalam tubuh. 

Harap boleh maintain paras ini sepanjang ramadhan nanti.

22/5/2017 isnin
Check gula petang lepas berpuasa seharian - 7.8mmol

Malamnya, Kawan masjid tunjukkan satu tempat perubatan altwrnatif sengat lebah. Yang menarik, kaedah ini mengunakan lebah hidup yg disentuhkan pd point tertentu dibadan pesakit, sebaik bersentuhan dgn kulit pesakit, lebah itu akan menyengat. Boleh terasa bisanya berkembang dikawasan sengatan sebaik saja disengat. 

Bagi penyakit kencing manis, 2 sengatan lebah dikenakan dibahu belakang kiri dan kanan. Rasa sengatannya boleh terasa sampai 2-3 hari. 

Semasa di pusat perubatan itu ada seorang doktor pakar yg berpenyakit kanser juga ada berubat disitu. Kata pengamal perubatan, doktor ini cuba mengelak dari mengunakan kaedah perubatan hospital. Dia dah berberapa kali berubat kaedah ini dan kini keadaan dirinya sudah bertambah baik. 

24/05/2017

Sudah 2-3 malam sudah tidak bangun malam utk kencing malam. nampaknya ada perubahan positif.
Makan kembali 5 kali sehari..he he.Esok nak puasa, nak check darah...

17/8/2017
Dah lama tak menulis dalam blog ini. Dah lama juga saya tak uji gula dalam darah saya. Cuma yg nyata berbeza sekarang ni, kekerapan kencing saya dah berkurang, kini setiap hari, hanya 8 kali sahaja sehari.
Setakat ini, tidak perlu lagi utk ambil ubat hospital. syukur..alhamdullillah.

Kulit tapak kaki sebelum ini bersisik tebal sudah hilang. kulit kaki semakin lembut tiada rasa bisa bila berpijak dilantai.

Berat badan meningkat ke 72kg bersamaan berat bmi saya.

Terasa sihat sikit badan, perut telah kembali normal dah tak buncit lagi. 
Keadaan najis dah kembali normal, tidak lagi seperti sebelum ini, berketul-ketul macam tahi kambing. Warna pun kembali coklat berbanding gelap kehitaman sebelum ini.
Ada perbezaan bila tekan dekat ulu hati, tidak lagi rasa sakit. Saya merasakan organ hati saya dah kembali normal.

Seingat saya antara perkara yg membantu dalam mengurangkan tahap gula dalam darah saya adalah :
1. Berpuasa bila terasa gula terlalu tinggi
2. madu lebah 2 sudu selang 2 hari
3. air mineral atau kosong sekurangnya 1liter sehari.
4. elakkan makan ubat hospital selagi boleh, pemerhatian saya merekodkan beberapa kenalan saya yg mengidap kencing manis dan makan ubat hospital telah meninggal dunia akibat penyakit yg berkait dgn sideeffect ubat kencing yg mereka makan.
5. elakkan minum air botol atau air kotak walaupun ianya air limau atau soya. ini kerana adanya perisa dlm minuman tersebut yg mempunyai efek yg kurang baik pada daya ketahanan tubuh.
6. banyakkan minum air kelapa muda dan isinya. 
7. banyakkan makan lauk yg dimasak bersantan kelapa yg ori bukan dari santan kotak. dikuatiri adanya pengawit yg mempunyai efek yg kurang baik pada tubuh kita.
8. makan buah-buahan sebanyak mungkin terutama pisang. pada saya, pisang emas yg kecil lebih berkhasiat berbanding pisang montel. 

30 Sept 2017
Sudah 3 bulan aku mengerjakan tanah kat kg limau mania, tanah yg berukuran 8000 kps itu asalnya penuh dgn pokok. Pokok getah yg tumbuh didalamnya ada yg berumur lebih 15 tahun. Dengan satu mesin penebang yg aku beli dgn harga RM 350.00 , setiap hari lapang tidak kira sabtu atau ahad ataupun cuti umum, pagi-pagi dalam pukul 9am aku akan kesana. Memang lencung peluh keluar, dari atas sampai kebawah, yg bestnya, peluh dari bahagian perut yg banyak menitis. baju dan seluar basah habis macam mandi

1 nov 2017
terasa paras gula naik balik. aku dah malas nak berpuasa. dah sebulan tinggal puasa.
kena niat balik berpuasa.

20 NOV 2017
Dah lama tak check darah. Masih tak makan ubat diabetis. Berat dalam 71kg
Amalan seharian untuk kawal diabetis.
1. Puasa 2 hari seminggu
2. Buat aktiviti keluarkan peluh - Buat kebun- dimana aku usahakan tebang pokok dalam tanah dkt kg sungai limau manis, sg. merab. Dah lebih 4 bulan mengerjakannya hingga kini masih tak siap siap. Tapi seronok kerana dapat menghidu udara nyaman diawal pagi.
3. Minum Madu dan Baca Al-Quran - Ubat yg dinyatakan dalam Al-Quran.
4. Doa mohon kesembuhan dari Allah
5. Pastikan perut tak buncit. Minum air suam banyak- utk keluarkan lemak-lemak dari tubuh.

25/11/2017

Benarlah kata Allah dalam Alquran, menyebutkan akan kompleksitinya tubuh manusia sebagaimana alam semesta yg amat luas dihadapan kita ini. Setiap sesuatu rasa atas satu nikmat Allah yg ada pada tubuh ini adalah petunjuk. Nikmat itu kepunyaan Allah, syukurilah iya. Tiada kemampuan bagi kita mengubahnya, hanya mampu menghadapinya dan harunginya lah dgn tabah dan sabar.

28/3/2018

Berat badan 70kg. Kuantiti makan tidak mengubah banyak berat badan. Kurang bersenam, dah malas pulak sekarang ni.

18/6/2019

Lama tak update, lebih dari setahun. Sejak ramadan tahun 2018, saya dah malas nak check paras gula dlm darah, rasanya macam bodoh je, cucuk jari dan habiskan duit beli alatan ukur gula tu, nyata bacaannya sentiasa berbeza, tak pun turun seperti diharapkan. Jadi lepas tu hingga ke hari aku dah berhenti check darah. 

Hari ini lepas ramadhan 2019, aku rasa badan bertambah baik, jarak kencing dah bertambah dari 2 jam kepada 3.5 jam, kadang kadang hingga 5 jam. Tiada lagi rasa nak terkucil, tak perlu lagi bergegas ke tandas bila terasa nak kencing, semuanya dah terkawal. malam pun terasa nak terkencing lagi, cuma berlaku sekali sekali sahaja bila minum air banyak sebelum tidur. mungkin ini hasil dari percubaan mengamalkan resepi baru yg Allah ilhamkan.

4 bulan lepas, bila tengah santai kat belakang rumah, terpandang pohon sireh yg banyak menjalar didalam kebun mini aku. Ianya membuat aku teringat arwah nenek yg selalu mengobek sireh dgn kapur semasa aku kecil.  Aku ambil 10 helai daun sireh , cuci baik baik dgn air pili. Kemudian blendkannya bersama air suam. Setelah itu ditapis dan dimasukkan dalam bekas air bertutup. dicampur 2-3 sudu madu. Rasanya sedap. aku amalkan minumlah 3-4  teguk bila teringat nak minum, simpan dalam peti ais, minum sejuk rasanya sedap. terasa panas dlm perut bila air sireh ini mencecah keperut. setakat ini tiada side effect. badan semakin segar, terasa ramuan ini dapat mengembalikan dan memberikan kesembuhan kod organ pankreas, kencing semakin terkawal, najis pun kembali normal, tidak lagi susah buang air besar, lawas, dan tiada lagi najis yg berketul ketul. pada keseluruhan fungsi badan kembali normal seperti sebelum mula dikesan adanya kencing manis pada 5 tahun yg lalu. 

Nak dikatakan sembuh tak berani, cuma tiap hari berdoa mohon penyakit ini hilang secara sendiri, juga saja malas nak check gula dalam darah, biar badan sendiri beritahu dah benar benar sembuh ke belum.

Berat kini dalam 68-70kg. Stabil dlm range ini sejak setahun yg lalu.
Allah juga ilhamkan cara pijat pijat tapak kaki dan tapak tangan. Pijit titik point kat seluruh tapak kaki,  jika terjumpa yg berpenyakit, akan terasa ngilunya, dan boleh mengalir air mata bila kita tekan lama lama kat situ. ulang dan ulang, biasanya saya buat bila tengah duduk dengar ceramah maghrib. pijit pijit perlahan lahan, hingga semua yg terasa sakit sebelumnya hilang. 
elok beli buku, boleh kita tahu kat mana patut pijit. bila kena tempat, memang mujarab, cuba lah. bila dah lama dgn kaedah ini, jelas akan ada perubahan kat tapak kaki, jadi merah dan lembut macam kaki baby.
pijit tang nombor 17 dan 36.

18/7/2019

Rasanya dah berkurang simptom penyakit ini, tiada lagi kencing malam dan tidak lagi perlu terburu buru ketandas bila mana terasa nak terkencing. Dah boleh kawal bila nak kencing. 

Cuma masih malas nak check darah. Takut bila check je, paras gula jauh lebih tinggi dari jangkaan. Naik risau pulak nanti. dulu pernah jumpa Doktor Burhannuddin , doktor klinik bukit indah , check darah 14mol katanya, ada berpenyakit kencing manis ni, jadi setiap kali ke klinik dia, dia akan offer check darah, dia pun takut kalau paras darah saya tinggi sangat sebab bila offer ubat kencing manis, saya menolak.

Nov 2019

Mula buat rumah atas tanah tu pd  bulan feb 2019, oct siap,3 buah sekali gus aku buat. Bulan nov 2019, masuk penyewa. Dapat lah rm1050 utk rumah single dan rm950 utk rumah kembar.

11/11/2020
Matlamat - Cari kesembuhan utk organ yg kurang sihat seperti Hati dan Pankreas. Carilah apa-apa ubat yang bersesuaian.
Aku mencuba kombinasi makanan ini.
1. Madu
2. Air tebu ori
3. Susu fresh
4. Teh hijau ahmad
5. Telur kampung 2-3 sehari

Madu asli aku beli dr ustaz zaki. Rm100 sebotol. Boleh la tahan 2 - 3 minggu. Minum 2-4 sudu canca plastik sudu  cendol.
2/12/2020

Berat dah turun 66 kg. Sekarang sibuk nak tambah berat badan. 
Nak capai target 70 kg.

Penemuan terbaru - brown fat. Satu lemak semulajadi ujud dalam tubuh manusia, banyak semasa lahir dan semakin hilang dikala usia meningkat. Ianya banyak berfungsi mengawal tahap suhu badan dan baik utk kelanjaran salur darah manusia. 
Tubuh boleh menukar lemak putih kpd lemak brown bilamana tubuh perlu menyeimbangi suhu sejuk di luar badan. 

Cara terbaik utk mendapatkan lemak brown ini adalah dengan mandi air yg sejuk. Amalkan setiap pagi. Ianya mampu meningkatkan tahap motibolisma badan dan boleh membantu menguruskan badan.